WAKAF & INFAQ



Kami amat mengalu-alukan sebarang cadangan untuk menyumbang sama ada dengan niat wakaf atau infaq kepada tabung dana pembangunan dan aktiviti masjid ini.

Kutipan dana kami terbahagi kepada :

1. Infaq / Sumbangan Pembinaan Masjid
2. Penjualan Lot Tanah Wakaf
3. Wakaf Bahan Binaan 
4. Dana Aktiviti Jemaah Kariah Begia
5. Pembangunan Tanah Perkuburan Kariah Begia


Majlis Agama Islam Negeri Kedah dan Jabatan Agama Daerah Sik telah memberi kepercayaan kepada Jemaah Pengurusan MTIW (Maahad Al Tarbiah Al Islamiah Al Wataniah atau lebih dikenali sebagai Pondok Begia) untuk menguruskan proses pembangunan masjid ini.

Segala sumbangan dana boleh dimasukkan ke akaun semasa Masjid Al-Hamidiah di Bank Pertanian Malaysia Berhad/Agrobank.