RASIONALISASI

Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-RasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.

Surah Al-Hadid, Ayat 21

 

 AL-HAMID

bermaksud Allah maha terpuji telah melimpahkan segala kurniaan nikmat kepada makhluk dan layak dipuji. 

Justeru, nama Masjid Al-Hamidiah sangat bertepatan bagi kami hamba yang sangat memerlukan limpahan rahmat daripadaNya.



OBJEKTIF

Objektif utama website ini adalah untuk memohon sumbangan daripada mana-mana pihak untuk membangunkan Masjid Al-Hamidiah yang dicadangkan ini. Ia juga menjadi rujukan rasmi kepada umum dan sebagai panduan kepada jawatankuasa-jawatankuasa yang terlibat.

Selain itu website ini juga akan menjadi website rasmi apabila masjid ini sudah disiapkan nanti.




 RASIONAL PENUBUHAN

"Kenapa Perlu Dibina Masjid Ini ?"

Ini adalah EMPAT fakta kukuh yang menjadi teras dalam menguatkan keperluan Masjid Al-Hamidiah sebagai sebuah entiti penting di dalam Kariah Kampong Begia, Daerah Sik ini :

  1. Keperluan semasa dan akan datang penduduk setempat di Kariah Kg. Begia
  2. Lokasi tapak masjid yang strategik berdekatan dengan kediaman penduduk
  3. Sumber tenaga dan intelek MTIW serta kontraktor yang berpengalaman
  4. Pengalaman MTIW dalam mencari dana semasa membangunkan maahad




KESIMPULAN

Adalah menjadi harapan kami agar niat suci kami untuk mendirikan sebuah masjid di Mukim Jeneri ini akan mendapat sokongan daripada semua pihak. Semoga kita semua sama-sama mendapat rahmat Allah swt berkat dari amal-amal soleh yang kita usahakan ini.

Akhir kata sama-samalah kita berdoa kepada Allah SWT agar kita diberi kekuatan di dalam usaha mendirikan Masjid Al-Hamidiah ini serta dipermudahkan segala urusan baik dari segi urusan kelulusan pihak berkuasa, dana, proses pembinaan dan sebagainya.


.. Amiin, Ya Rabbal Aalamin ..